Label

Cursor

Flower 66

Rabu, 20 Julai 2011

masa itu emas

والعصر (1)ا ن الأنسن لفى خسر( 2 )الاالدينءامنواوعملوالصلحتوتواصوابالحقوتواصوبالصبر3     

Ertinya
Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan
amal solih dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran

Ayat di atas menceritakan tentang kepentingan masa

Erti membuang masa:
Mensia-siakan masa dengan tidak melakukan perkara yang berfaedah.

Dalam hadis riwayat al Tarmizi ada menyebut:
عن ابى هريره رضى الله عنه قال
قال رسو ل الله صلى الله عليه وسلم
من حسن اسلام المرءتركه مالايعنيه

Ertinya:
Daripada abu Hurairah berkata :sabda rasulullah saw :setengah daripada keelokan seseorang Islam ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

CIRI-CIRI MEMBUANG MASA
1)Melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
2)Menangguh-nangguhkan kerja
3)Berfoya-foya tnpa tujuan
4)Melakukan kerja yang dimakruhkan oleh Allah
50Mengerjakan perkara yang diharamkan oleh Allah

KEBURUKKAN MEMBUANG MASA
1)Dimurkai oleh Allah dan Rasul
2)Dibenci ibu-bapa dan guru
3)Dibenci rakan-rakan dan masyarakat
4)sentiasa di dalam kerugian
5)Hidup di dalam kemunduran

BAGAIMANAKAH ANDA MENGISI MASA LAPANG?

DALAM HADIS ADA MENYEBUT:
BERAMALLAH KAMU SEBELUM DATANG 5 PERKARA IAITI:
1)MASA LAPANG SEBELUM SIBUK
2)MASA MUDA SEBELUM TUA
3)MASA KAYA SEBELUM MISKIN
4)MASA SIHAT SEBELUM SAKIT
4)MASA HIDUP SEBELUM MATI............

RENUNG-RENUNGKANLAH

1 ulasan: